Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Platform terbaik kongsi idea, pendapat majukan rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Platform terbaik kongsi idea, pendapat majukan rumah panjang

Utusan Sarawak 1 month ago
HADIR… Friday Belik hadir pada mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Tuai Rumah Saratok dan Kabong Tahun 2025 di Dewan Rumah Dayak Saratok, semalam. Foto ADUN Krian

SARATOK: Penubuhan Persatuan Kebajikan Tuai Rumah Saratok dan Kabong adalah merupakan platform yang terbaik untuk tuai-tuai rumah berkongsi idea dan pendapat bagi memajukan rumah panjang masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata ia juga merupakan medan yang amat sesuai untuk membincangkan mengenai masalah yang dihadapi semasa memimpin sesebuah rumah panjang.

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, seseorang tuai rumah adalah orang yang paling sesuai untuk menyampaikan polisi dan dasar yang dijalankan oleh kerajaan.

“Baik dari segi pembangunan mahupun jenis-jenis bantuan yang disalurkan melalui jabatan dan agensi kerajaan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Tuai Rumah Saratok dan Kabong Tahun 2025 di Dewan Rumah Dayak Saratok, semalam.

Friday berkata pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi seperti tuai rumah ini juga hendaklah melengkapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan fungsi dan peranan mana-mana agensi kerajaan.

“Ini akan menjadikan mereka lebih berkesan dan efisien sebagai seorang pemimpin masyarakat,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Friday turut berkesempatan mengadakan dailog bersama dengan tuai rumah yang hadir dimana beberapa tuai rumah telah mengutarakan masalah yang dihadapi di rumah panjang masing-masing.

Menurut beliau, maklumat dan maklum balas ini amat penting sebagai persediaan beliau sebelum menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan Mei nanti.

Turut serta pada mesyuarat tersebut Penghulu Loya Seman, Penghulu Josephine Entira dan tuai-tuai rumah di kawasan Saratok.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mohamad Duri bersemuka tangani isu penduduk setempat
Next: Rakyat sambut Aidilfitri dalam suasana harmoni, aman damai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.