Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Platform belia ceburi perniagaan
  • TEMPATAN

Platform belia ceburi perniagaan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Karnival Medan Belia Niaga bakal menjadi platform untuk golongan belia belajar terlibat di dalam bidang perniagaan.

Karnival berkenaan akan bermula pada 28 Ogos setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 5:00 petang hingga 11:00 malam di di pekarangan tempat letak kereta Kompleks  Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Pengerusi Biro Ekonomi Satok merangkap Ketua Pemuda Satok Cr. Dzamaluddin Zainudin berkata karnival itu terbuka khas kepada belia dan beliawanis yang hanya berumur dari 17 tahun hingga 45 tahun sahaja.

“Setakat ini seramai 150 belia dan pemuda telah mengesahkan untuk memulakan perniagaan pelbagai jenis barangan dan makanan,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Tambahnya bayaran kepada pengusaha muda ini adalah RM150 sebulan sahaja.

“Bayaran ini amat murah dan berpatutan kepada para pengusaha muda,” katanya lagi.

Menurutnya, karnival yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi Satok itu diyakini berupaya menjadi salah satu tempat tarikan pelancong.

Tambahnya segala syarat dan pematuhan SOP yang ketat akan dilaksanakan semasa operasi medan niaga tersebut dengan kerjasama pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia Sarawak (KKM).

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Naik taraf Jalan Kampung Kakai dijangka siap Disember ini
Next: Sarawak iktiraf NCR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.