Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PJKM diperluas ke Parlimen Igan
  • BISNES

PJKM diperluas ke Parlimen Igan

Utusan Sarawak 3 years ago

PERASMIAN… Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pekarangan letak kereta Long Heng Mini Market, Daro, semalam. Siri pertama PJKM mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga dan pengguna di kawasan Parlimen Igan.

DARO:  Rakyat disaran bersabar dan sentiasa bersama kerajaan dalam waktu sukar yang luar biasa, turut melanda dunia dan memberi kesan kepada rantaian bekalan global serta negara.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi sehubungan itu mengingatkan peniaga agar sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

“Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pekarangan letak kereta Long Heng Mini Market, Daro, semalam.

Siri pertama PJKM mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga dan pengguna di kawasan Parlimen Igan.

Maklum balas pengunjung yang diterima rata-rata menyambut baik dan meminta PJKM ini dilaksanakan secara berkala.

Mereka mengakui harga barang-barang yang dijual dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam situasi harga barang yang dilaporkan telah meningkat.

Barang-barang yang ditawarkan dengan harga sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat.

Pejabat KPDNHEP Cawangan Mukah dengan kerjasama agensi-agensi dari Majlis Daerah Matu Daro (MDMD), Jabatan Penerangan Malaysia Mukah (JAPEN) serta rakan strategik Long Heng Mini Market kini melebarkan PJKM di Parlimen Igan bertempat di Perkarangan Letak Kereta Long Heng Mini Market pada 29 Jun 2022 mulai jam 10 pagi  hingga 4 petang.

PJKM menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan yang lebih murah  antaranya ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan keperluan rumah terpilih.

Dalam pada itu, Ahmad Johnie menggalakkan orang ramai di kawasan Parlimen berkenaan untuk merebut peluang ini dalam merancang pembelian keperluan rumah dan seterusnya berjimat dari tawaran yang diberikan.

Continue Reading

Previous: Malaysia perlihatkan kepantasan luar biasa
Next: Semua negeri catat pertumbuhan positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.