Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dibentang pada sidang Parlimen akan datang
  • NASIONAL

Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dibentang pada sidang Parlimen akan datang

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENTERI Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan bercakap kepada media selepas sesi penyerahan surat kelulusan program Dharma MADANI kepada 300 rumah ibadat Hindu kepada komuniti India.

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang bagi peluasan skop perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata rang undang-undang (RUU) itu akan dibawa ke Parlimen selepas mendapat kelulusan Kabinet.

“Saya dan Timbalan Menteri akan membawa RUU ini ke Parlimen selepas kelulusan Kabinet dan akta ini akan terus dikuatkuasakan tahun ini sebaik sahaja diluluskan kerana keselamatan dan kesihatan pekerja tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Ramanan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan aspek keselamatan dan kebajikan pekerja Malaysia di luar negara terus terpelihara, khususnya mereka yang bekerja di negara jiran.

Beliau berkata kira-kira 480,000 rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura untuk bekerja dengan 54 kemalangan maut direkodkan pada tahun lepas, menunjukkan golongan itu wajar diberikan perlindungan seperti pekerja lain di negara ini.

Ramanan berkata skim itu dirancang secara teliti agar tidak disalahgunakan selain pihak Perkeso turut mempunyai asas pelaksanaannya.

Majlis itu turut melibatkan pelancaran Garis Panduan bagi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) Edisi 2026.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata garis panduan itu ditambah baik bagi memperkukuh tadbir urus keselamatan dan kesihatan pekerjaan, khususnya dalam sektor pembinaan yang berisiko tinggi selain turut memberi penekanan kepada aspek kesihatan mental pekerja.

“Selama ini kita sering menekankan kepentingan aspek keselamatan persekitaran atau tempat kerja, tetapi tidak mengambil serius isu kemurungan, buli serta masalah kesihatan mental di tempat kerja.

“Justeru, bagi sambutan tahun ini kita mengetengahkan tema Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja yang Sihat agar masalah tersebut dapat ditangani secara lebih menyeluruh,” katanya.

Khairul Firdaus berkata majikan dibekalkan garis panduan serta taklimat oleh kementerian melalui agensi berkaitan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat yang turut melibatkan pekerja gig selain turut menyediakan perkhidmatan sokongan yang diperlukan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jangan hasilkan, sebar kandungan 3R bersifat provokatif – MCMC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.