Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bekalan minyak terjamin, kenaikan harga terus tekan kewangan negara – PM Anwar
  • NASIONAL

Bekalan minyak terjamin, kenaikan harga terus tekan kewangan negara – PM Anwar

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim. Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bekalan minyak negara kekal terjamin, namun peningkatan harga global bahan api itu yang tidak dapat dielakkan terus memberikan tekanan kepada kewangan kerajaan, yang komited mengekalkan harga subsidi RON95 pada RM1.99 seliter demi melindungi majoriti rakyat.

Beliau berkata, gangguan dan risiko terhadap laluan perdagangan antarabangsa akibat konflik di Asia Barat telah menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat, sekali gus memberikan kesan kepada harga minyak.

Namun, Perdana Menteri berkata, Malaysia masih dapat menjamin bekalan minyak dan gas untuk kegunaan domestik melalui hubungan baik dengan Iran serta negara pengeluar lain, antaranya Rusia, Turkmenistan dan Uzbekistan.

“Jadi, bekalan bahan api adalah terjamin, namun harganya meningkat.”

“Ini bukan masalah yang berpunca daripada kita, tetapi yang berlaku faktor luaran. Sebab itulah, kita terpaksa berdepan dengan cabaran harga minyak,” kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dibentang pada sidang Parlimen akan datang
Next: Siasatan kes salah guna kuasa: Rafizi beri keterangan di SPRM Putrajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.