Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pindaan Akta Kesalahan Kecil 1995 dijangka bantu atasi kesesakan penjara
  • NASIONAL

Pindaan Akta Kesalahan Kecil 1995 dijangka bantu atasi kesesakan penjara

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bercakap kepada pemberita selepas Sesi Dialog Bersama Menteri Dalam Negeri di FOZ One, Senai hari ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini berada pada peringkat akhir untuk meminda Akta Kesalahan Kecil 1955, bagi membolehkan kategori kesalahan tidak terhad kepada kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara empat tahun ke bawah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pindaan itu, antaranya akan membolehkan kategori kesalahan kecil merangkumi kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun ke bawah.

Beliau berkata langkah tersebut, dapat mengurangkan kesesakan di penjara yang telah melebihi 87,000 orang daripada kapasiti asal 75,000, sekali gus terdedah kepada potensi penyakit, pergaduhan dan ketidakselesaan.

Saifuddin berkata pendekatan itu turut membantu mengatasi isu kekurangan pekerja melalui pengambilan penghuni penjara menerusi Jabatan Penjara, namun ketika ini pelaksanaannya hanya melibatkan banduan kesalahan kecil dengan hukuman penjara bawah empat tahun.

“Kalau 10 tahun ke bawah, jumlah mereka lebih ramai, tetapi kita bukan simply petik (bercakap) begitu saja. Ia (pengambilan) juga melalui proses tapisan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog Engaging Industry, Shaping Solutions bersama 80 pemain industri pelbagai sektor di negeri ini, di FOZ One, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pengambilan penghuni penjara sebagai pekerja, dilaksanakan menerusi pelbagai proses penilaian oleh panel penjara, termasuk mengenal pasti banduan yang dipenjarakan atas kesalahan pertama.

“Kita juga tengok, misalnya dia ada positive attitude, (adakah) sepanjang tempoh dalam penjara beri kerjasama dan tiada masalah disiplin,” katanya.

Beliau berkata pendekatan itu, setakat ini telah disertai lebih 900 majikan pelbagai sektor termasuk perkhidmatan dan perladangan yang kekurangan pekerja.

“Kelebihan lain (apabila penghuni penjara diambil) ialah, mereka berpeluang untuk berdamping dengan komuniti sambil bekerja. 

“Kita tengok sambutan majikan juga sangat bagus dan (tahap) residivism (pengulangan jenayah bagi penghuni yang telah bebas) sangat rendah,” katanya dan menambah langkah itu membolehkan penghuni memperoleh pendapatan,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata penghuni ditempatkan oleh majikan di tempat tinggal yang mempunyai aspek keselamatan, selain di penempatan yang disewa KDN di Pusat Latihan Khidmat Negara.

“Mereka ditempatkan di situ untuk kediaman, sebab kita boleh kawal, kemudian siang mereka pergi kerja, petang mereka balik dan tidak berada berada dalam penjara,” katanya.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Grab Malaysia perkenal ‘Group Ride’ galak perjalanan lebih bijak dan jimat kos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.