Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pimpinan telus, berintegriti pererat hubungan
  • Utara
  • WILAYAH

Pimpinan telus, berintegriti pererat hubungan

Utusan Sarawak 2 months ago
AHLI Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mengagihkan bubur kacang bersama PDRM Lawas, hari ini.

LAWAS: Perhubungan rakyat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lawas sememangnya erat di bawah pimpinan yang telus dan berintegriti.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berharap rakyat di Lawas akan terus bersama PDRM dalam memastikan daerah ini kekal selamat dan aman.

“Kita bangga kerana sejak ada pimpinan Ketua Polis Daerah DSP Liong ini telah berjaya meningkatkan hubungan amat baik dengan rakyat.

“Inilah komitmen yang kita mahu lihat di setiap jabatan Persekutuan mahupun negeri.

“Amanah yang digalas perlu dipikul dengan penuh integriti dan komitmen tinggi agar rakyat dapat melihat sesebuah jabatan atau agensi kerajaan itu berfungsi,” katanya.

Henry Sum berkata demikian ketika ditemui media selepas program agihan bubur kacang PDRM Lawas, hari ini.

Henry Sum kemudian mengingatkan hubungan erat ini mampu terjalin sekiranya wujud hubungan dua hala dan tidak bersandar pada satu pihak sahaja.

“Maka itu saya selalu ingatkan ketua-ketua jabatan di Lawas ini untuk sentiasa menjaga integriti dan hubungan dengan rakyat.

“Kalau kita sombong kerana pangkat, ini akan menyusahkan rakyat, ” tambahnya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan, Pengerusi Perkep Juruwati Bongsu, dan Exco Saberkas Sarawak Steve Lius.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak bantu golongan kurang berkemampuan di Bahagian Serian sempena Aidilfitri
Next: Jambatan ikonik Bintulu-Jepak dibuka Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.