ISLAMABAD: Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) semalam mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Tarikh itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat antara Presiden Arif Alvi dan delegasi ECP diketuai Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Sikandar Sultan Raja pada malam Khamis, menurut kenyataan ECP.
Terdahulu, ketua pesuruhjaya pilihan raya mengutus surat rasmi kepada presiden dengan mencadangkan 11 Februari sebagai tarikh pilihan raya umum berdasarkan keputusan Mahkamah Agung Pakistan yang dikeluarkan, semalam.
Bagaimanapun, tarikh 8 Februari kemudiannya dipersetujui. – Bernama – Xinhua