Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pilihan Raya AS: Penduduk Iowa mula undi pilih calon presiden Republikan
  • GLOBAL

Pilihan Raya AS: Penduduk Iowa mula undi pilih calon presiden Republikan

Utusan Sarawak 1 year ago
PENYOKONG Donald Trump meraikan meraikan majlis malam kaukus di Iowa Events Center semalam 2024 di Des Moines, Iowa. FotoAFP

WASHINGTON: Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024 kini bermula di peringkat primari presiden yang menyaksikan rakyat Iowa bersedia untuk memilih calon presiden yang akan mewakili Republikan, lapor Xinhua.

Primari presiden bermaksud persidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tertentu yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. 

Kokus Republikan berhimpun di gim sekolah, gereja dan pusat komuniti di seluruh Iowa di negeri Midwestern ketika cuaca sejuk melampau melanda yang mencetuskan kebimbangan keadaan itu mungkin  akan mempengaruhi peratusan keluar mengundi.

“Hari ini menjadi hari kokus Iowa paling sejuk dalam sejarah sejak 1972,” tulis pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Des Moines di X. 

Cuaca sejuk turut menjejaskan kempen presiden di Iowa dengan beberapa acara kempen terpaksa dibatalkan. 

Bekas presiden Donald Trump yang berusaha untuk kembali ke Rumah Putih dilihat mendahului dengan margin yang besar dalam tinjauan pendapat di peringkat nasional dan negeri Iowa. 

Calon presiden Republikan yang lain termasuk bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Nikki Haley, Gabenor Florida Ron DeSantis, usahawan Vivek Ramaswamy dan bekas gabenor Arkansas Asa Hutchinson. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan Boeing 737 Max 9 digantung hingga notis lanjut – FAA
Next: Eksport kimchi catat rekod tertinggi 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.