Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pihak berkuasa Mexico dakwa penembak pelancong asing tiru insiden Columbine
  • GLOBAL

Pihak berkuasa Mexico dakwa penembak pelancong asing tiru insiden Columbine

Utusan Sarawak 3 hours ago
TEMBAKAN di Pyramid of the Moon gemparkan tapak bersejarah, seorang pelancong maut dan 13 lagi cedera dalam serangan tragis. Foto AGENSI

MEXICO CITY:  Lelaki yang membunuh seorang pelancong warga Kanada dan mencederakan 13 yang lain pada Isnin di Pyramid of the Moon, antara tarikan pelancongan utama di Mexico, didakwa terpengaruh dengan pelaku pembunuhan beramai-ramai di Columbine, Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa Mexico.

Menurut Anadolu Ajansi, Julio Cesar Jasso Ramirez, 27, yang melepaskan tembakan ke arah pelancong di Teotihuacan, sebuah tapak arkeologi di Negeri Mexico, membunuh diri selepas berdepan dengan pasukan Pengawal Kebangsaan.

Pihak berkuasa Mexico mengesahkan identiti penyerang dan memaklumkan bahawa dia membawa pisau, peluru serta bahan bacaan berkaitan pembunuhan beramai-ramai Columbine, iaitu insiden tembakan di sebuah sekolah di Colorado pada 1999 yang menyaksikan dua pelajar sekolah menengah membunuh 12 orang sebelum membunuh diri.

Penyerang itu bersenjatakan sepucuk pistol keluaran 1968, peluru berkaliber .38 dan sebilah senjata tajam.

Pada sidang media Selasa, Pendakwa Raya Jose Luis Cervantes Martinez berkata suspek dipercayai bertindak di bawah pengaruh insiden Columbine.

“Dapatan awal menunjukkan profil psikopat yang dicirikan oleh kecenderungan meniru kejadian yang berlaku di tempat lain, pada waktu lain dan dilakukan oleh individu lain. Kecenderungan ini dikenali sebagai ‘copycat’,” katanya.

Rakaman audio dan video yang tular di media sosial menunjukkan Jasso Ramirez mengugut pelancong asing dengan mengatakan dia akan “mengorbankan” mereka sambil melaungkan kenyataan berbaur xenofobia.

Menurut pihak berkuasa, sebaik tiba di lokasi, pasukan Pengawal Kebangsaan berbalas tembakan dengan Ramirez dan mencederakannya pada kaki. 

Suspek kemudian membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri menggunakan revolver miliknya.

Menurut ketua keselamatan Mexico Omar Garcia Harfuch, pasukan keselamatan akan dikerahkan ke tapak pelancongan di seluruh negara, manakala usaha pemantauan dan risikan akan dipertingkatkan.

“Rondaan fizikal dan siber juga akan diperluas, diterajui Pengawal Kebangsaan dan Pusat Risikan Kebangsaan bagi mengenal pasti serta mencegah sebarang ancaman,” tulis Harfuch di platform media sosial X milik AS.

Insiden tembakan yang menyasarkan pelancong asing itu berlaku hanya beberapa hari sebelum Mexico dijadual menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2026 bersama AS dan Kanada.

Pada sidang media, Presiden Claudia Sheinbaum menggesa orang ramai supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa protokol keselamatan telah disediakan bagi melindungi pengunjung.

“Mexico selamat untuk dikunjungi, terbukti apabila 16 juta orang tiba antara Januari hingga Februari, termasuk 16 juta pelawat asing,” katanya. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Universiti Islam Madinah buka kemasukan menerusi platform “Study in Saudi Arabia”
Next: Kes campak di Jepun meningkat kepada 299 tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.