
TOKYO: Jumlah kes campak di Jepun sejak Januari meningkat kepada 299, menurut laporan awal Institut Keselamatan Kesihatan Jepun, lapor Jiji Press.
Jumlah itu setakat awal April telah melepasi 265 kes yang direkodkan bagi keseluruhan tahun lepas.
Tokyo merekodkan jumlah kes tertinggi mengikut wilayah setakat ini dengan 108 kes, diikuti Kanagawa sebanyak 31, Kagoshima 28, serta Chiba dan Aichi masing-masing 23 kes.
Sepanjang 10 tahun lepas, jumlah tahunan tertinggi yang dicatatkan ialah 744 kes pada 2019.
Campak ialah penyakit berjangkit yang sangat mudah merebak melalui udara dengan gejala termasuk demam panas, ruam dan ensefalitis.
Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai mendapatkan vaksinasi.- Bernama-Jiji Press