Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Sudirman 2025: Tembok Besar China terlalu kebal buat Malaysia, tumbang 0-3
  • SUKAN

Piala Sudirman 2025: Tembok Besar China terlalu kebal buat Malaysia, tumbang 0-3

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GANDINGAN beregu tuan rumah, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Pin. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Impian skuad badminton negara untuk sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Piala Sudirman 2025, lebur di tangan jaguh dunia China selepas tewas 0-3 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China, hari ini.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, China ‘mengganas’ sejak awal permainan untuk menjadikan Malaysia mangsa seterusnya dalam misi mempertahankan takhta 13 kali kejuaraan dan impian menjulang gelaran keempat berturut-turut sejak 2019.

Ia bermula dengan perlawanan beregu campuran apabila gandingan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Pin menampilkan aksi kemas dan bertenaga untuk menundukkan pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 21-17 dan 21-17 dalam masa 49 minit.

PERSEORANGAN wanita negara, K. Letshanaa. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia (BAM)

Ee Wei yang ditemui selepas perlawanan mengakui kesilapan mudah yang banyak dilakukan menjadi punca kekalahan mereka dan ia sesuatu yang perlu diperbaiki untuk perlawanan akan datang.

“Terima kasih kepada semua peminat Malaysia yang menyokong tetapi kami juga minta maaf sebab tidak dapat berikan mata pertama buat negara,” katanya menerusi audio dikongsikan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kegagalan mengatasi tekanan awal memberi tamparan besar kepada kem negara apabila kekebalan Shi Yu Qi selaku perseorangan lelaki utama China terus menambah derita dengan mengalahkan Leong Jun Hao 6-21 pada set pertama.

Jun Hao cuba bangkit dengan mengikat kedudukan 12-12 pada set kedua namun Yu Qi kekal tenang dan melancarkan serangan padu untuk menamatkan set dengan kemenangan 21-14, sekali gus meraih mata kedua buat China.

AKSI Leong Jun Hao. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia (BAM)

Jun Hao mengakui cuba tampil lebih agresif pada set kedua untuk mendapatkan pukulan yang lebih konsisten namun perancangannya serba tidak menjadi dan berdepan kekangan di gelanggang.

“Walaupun perlawanan hari ini saya kalah, saya tetap berpuas hati dengan permainan saya sepanjang di sini. Buat pertama kali saya menjadi ketua pasukan dan kami telah bersama-sama sebagai satu pasukan. Saya bangga dengan diri dan pasukan saya,” katanya.

Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa yang diberi kepercayaan pada perlawanan ketiga berdepan tugas getir menentang juara Olimpik Tokyo 2020, Chen Yu Fei tewas dalam masa 32 minit dengan keputusan 8-21, 7-21.

Letshanaa berkata jurulatih menasihatinya agar memberi fokus pada setiap mata namun mengakui gagal menyamai kepantasan Yu Fei dan tetap menganggap perlawanan itu sebagai pengalaman berharga untuk terus berkembang.

Kekalahan itu menyaksikan kempen Malaysia terhenti di suku akhir sekali gus menamatkan impian untuk mengulangi pencapaian gangsa seperti di Vantaa 2021 dan Suzhou 2023. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Cabaran Liga-M: Pasukan tarik diri, sokongan peminat pudar dan dominasi sepihak
Next: Keputusan positif buka laluan Hakim Danish terima geran KWASN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.