PETRA JAYA: Piala Dunia T20 Wanita Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) Bawah 19 akan berlangsung di Padang Kriket Borneo di sini, esok.
Kejohanan bertaraf dunia ini akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 9.00 pagi, sekali gus merasmikan Padang Kriket Borneo yang siap dibina dalam tempoh lima bulan dengan kos RM1.5 juta.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dam Penaung Persatuan Kriket Malaysia Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Jaafar.
Persiapan turut diadakan seluruh kawasan di Borneo Cricket Ground di mana persediaan perlawanan pertama antara pasukan Nigeria dan Samoa yang berlangsung pada hari yang sama.
Dalam pada itu, persembahan dan simbolik perasmian turut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pergerakan tanpa sebarang sekatan.
Kejohanan ini juga menyaksikan Sarawak dipilih sebagai salah satu lokasi untuk acara berprestij sukan kriket ini.
Kejohanan ini juga bakal menyaksikan sebanyak 10 perlawanan dari 42 perlawanan keseluruhan akan berlangsung di Padang Kriket Borneo, yang melibatkan empat pasukan iaitu New Zealand, Afrika Selatan, Samoa, dan Nigeria.
Pada masa sama, kesemua perlawanan akan disiarkan ke 180 negara melalui saluran Star Sports, dengan anggaran lebih 200 juta penonton.
Oleh Mohd Neenatul Aizal