Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Asia 2025: Khairul Aman tekad balas kepercayaan jurulatih
  • SUKAN

Piala Asia 2025: Khairul Aman tekad balas kepercayaan jurulatih

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Perejam muda negara Khairul Aman Mohd Rosdi tekad membalas kepercayaan diberikan kepadanya untuk menyarung jersi kebangsaan pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa bermula 10 Mei ini.

Pemain berusia 22 tahun dari Kemaman, Terengganu itu berkata beliau tidak menyangka dipilih oleh barisan kejurulatihan skuad kebangsaan memandangkan usianya yang masih muda.

“Saya anggap pemilihan saya ini sebagai satu cabaran buat diri sendiri untuk beraksi dengan lebih baik supaya dapat beri cabaran kepada negara lain,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Khairul Aman, antara nama baharu disenaraikan dalam skuad kebangsaan kendalian Ahmad Jais Baharun, selain mengekalkan lebih 80 peratus pemain yang berjaya mencipta sejarah menjulang Piala Dunia Sepak Takraw tahun lepas.

Khairul Aman yang akan beraksi dalam acara regu berpasukan turut mengakui sedikit tertekan untuk beraksi buat kali pertama bersama pasukan kebangsaan.

“Tekanan itu sudah tentu ada dan saya rasa perlu mengambil sedikit masa untuk serap tekanan itu.

“Harapan saya sudah tentu untuk memberikan aksi terbaik buat pasukan negara sebab kita beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 21 pasukan belia sertai Futsal KBB Edisi Raya 2025, asah bakat belia
Next: Kalau tidak mampu jangan pegang kuasa – Hannah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.