Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA tumpas cubaan seludup masuk bonsai dari negara jiran
  • JENAYAH

PGA tumpas cubaan seludup masuk bonsai dari negara jiran

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 2,780 pokok bonsai dari negara jiran dalam Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan KTJ Pos JP1 Pak Teh Kana di sini, Selasa lepas. Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan selepas anggota Batalion 18 PGA menahan lori dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun pada 7.20 malam semasa melakukan rondaan. FOTO BERNAMA

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 2,780 pokok bonsai dari negara jiran dalam Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan KTJ Pos JP1 Pak Teh Kana di sini, Selasa lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan selepas anggota Batalion 18 PGA menahan lori dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun pada 7.20 malam semasa melakukan rondaan.

“Pemeriksaan menemukan 2,780 pokok bonsai disyaki dibawa dari Thailand tanpa sebarang dokumen sah dan pokok tersebut dipercayai mengandungi serangga perosak serta penyakit yang boleh mengancam tanaman tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM1.31 juta, dan semua pokok berkenaan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).
— Bernama

Continue Reading

Previous: Polis rampas 409 kg ganja bernilai lebih RM1 juta
Next: Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.