Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak rampas barangan bernilai RM18.34 juta, 19 individu ditahan
  • JENAYAH

PGA Sarawak rampas barangan bernilai RM18.34 juta, 19 individu ditahan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PELBAGAI produk sejuk beku, bawang dan kayu balak yang keseluruhan bernilai RM18.34 juta berjaya dirampas.

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai produk sejuk beku, bawang dan kayu balak yang keseluruhan bernilai RM18.34 juta menerusi Ops Taring Chiller, Ops Taring Batas dan Ops Taring Libas yang dijalankan dari 1 hingga 28 Februari lepas.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata menerusi Ops Taring Batas, enam warga asing dan seorang warga tempatan ditahan di sekitar Daerah Serian, Sri Aman dan Bau kerana cuba memasuki Malaysia tanpa dokumen sah serta dipercayai terlibat dalam penyeludupan barang kawalan dan produk sejuk beku.

“Rampasan melibatkan 3,200 kilogram (kg) bawang merah, 300 kg produk sejuk beku, wang tunai, telefon bimbit serta beberapa kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata menerusi Ops Taring Chiller pula, 10 warga tempatan ditahan dalam beberapa serbuan di Saratok, Miri, Sibu, Kota Samarahan dan Limbang.

Beliau berkata rampasan melibatkan sebanyak 136,402 kg pelbagai jenis produk sejuk beku selain sebuah stor sejuk beku, forklift, mesin pemprosesan dan beberapa kenderaan.

“Sementara itu, dalam Ops Taring Libas di Selangau, dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pembalakan tanpa permit sah. Rampasan melibatkan 26 batang kayu balak serta jentera berat dengan nilai dianggarkan melebihi RM2 juta,” katanya. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki menyamar pegawai kurier ditahan polis, mangsa rugi hampir RM50,000
Next: Op Tapis Khas Sarawak: 30 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.