Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PETRONAS Serah Sumbangan Di DUN Gedong
  • WILAYAH

PETRONAS Serah Sumbangan Di DUN Gedong

Utusan Sarawak 2 years ago

Naroden (dua, kiri) menyerahkan sumbangan BAKIP kepada salah seorang penerima.

GEDONG: Badan Kebajikan Kakitangan Islam PETRONAS (BAKIP) menyumbang RM30,000 kepada kira-kira 200 asnaf di sini, baru-baru ini.

Sumbangan zakat tersebut dibahagikan kepada tiga zon dan antara zon yang menerima ialah Zon Gedong, Zon Pangkor Gedong dan Zon Ulu Gedong.

Sumbangan diedarkan oleh Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais pada Majlis Iftar Perdana PETRONAS di Masjid Al-Kawthar, semalam.

Pengurus Besar PETRONAS Sarawak Zulaihi M Mantali dalam satu kenyataan berkata, sumbangan itu diwujudkan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Sumbangan ini merupakan pemberian ikhlas daripada kakitangan PETRONAS dan ia sebahagian daripada tradisi berterusan khususnya pada Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Gedong Abdul Khalid Manap, Penghulu Adian Salleh, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) Mohd Syazwan Abdullah, Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sdn Bhd – Sarawak Assets (PCSB-SKA) Anuar Ismail dan Pengurus Besar Pejabat Satelit Wilayah Bersepadu (Penyampaian Projek dan Teknologi) Roseman Rosli.

BAKIP merupakan sebuah pertubuhan kebajikan Islam di mana PETRONAS menyelaraskan sumbangan daripada pekerja untuk menderma zakat kepada asnaf seluruh Malaysia.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Hujan Ribut Sibu: Mangsa terjejas akan dibantu
Next: Saberkas Meradong anjur pelbagai program sukan sesudah Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.