Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Peserta Konvensyen GPS 2026 zahir keyakinan, manfaatkan perkongsian ilmu
  • SEMASA

Peserta Konvensyen GPS 2026 zahir keyakinan, manfaatkan perkongsian ilmu

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESERTA dari Meluan, Tichong Entawang berkongsi pandangan mengenai hala tuju pembangunan negeri selepas menghadiri Konvensyen GPS 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Peserta Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 menyifatkan penganjuran program tersebut sebagai platform berkesan dalam meningkatkan pemahaman serta keyakinan terhadap hala tuju pembangunan negeri.

Tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati rata-rata peserta yang ditemui menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan GPS selain menghargai perkongsian mengenai pencapaian dan perancangan masa depan Sarawak yang dibentangkan sepanjang konvensyen yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). 

Seorang peserta dari Meluan, Tichong Entawang berkata pembentangan yang disampaikan memberi gambaran jelas mengenai pencapaian serta perancangan masa depan Sarawak.

“Saya berbangga melihat integriti pemimpin GPS dan pencapaian yang telah dibentangkan. Ia menunjukkan hala tuju yang jelas dan tersusun untuk masa depan negeri,” katanya. 

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan sedia ada bersedia menghadapi pilihan raya akan datang dengan pendekatan tersendiri.

“Saya lihat setiap calon mempunyai strategi masing-masing dan ini menunjukkan mereka sudah bersedia,” ujarnya.

KAUNSELOR Kiing Sie Ying menyifatkan Konvensyen GPS 2026 sebagai medan pembelajaran yang membuka pemahaman terhadap MA63 dan perancangan pembangunan negeri. Foto Norman B 

Sementara itu, Kaunselor Kiing Sie Ying dari Kota Sentosa menyifatkan konvensyen tersebut sebagai medan pembelajaran yang memberi pendedahan lebih mendalam mengenai isu penting negeri.

“Saya belajar banyak perkara, khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta perancangan pembangunan negeri. Ia sangat membuka mata,” katanya.

Menurutnya, pendedahan tersebut mengukuhkan lagi keyakinan terhadap kepimpinan GPS dalam merancang pembangunan Sarawak.

“Kita yakin dengan perancangan yang dibawa kerana pemimpin mempunyai pengalaman serta hala tuju yang jelas,” jelasnya.

KETUA Belia Tanjung Datu, Rauf Zaidi menekankan kepentingan pendidikan dalam membentuk generasi muda semasa Konvensyen GPS 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Kuching, hari ini. Norman B 

Dalam pada itu, Ketua Belia Tanjung Datu, Rauf Zaidi berkata, konvensyen berkenaan turut menekankan kepentingan pendidikan dalam membentuk generasi masa depan.

“Sebagai ketua belia, saya melihat pendidikan perlu diberi keutamaan bagi melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing,” katanya.

Konvensyen tersebut dilihat bukan sahaja sebagai medan perkongsian maklumat, malah turut memperkukuh keyakinan peserta terhadap agenda pembangunan negeri serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran mendatang.

Oleh Norman B dan Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: “Masa depan Sarawak ditentukan anak Sarawak” – Abang Johari
Next: Sarawak tumpu pelaksanaan nyata, bukan sekadar perancangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.