Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Peserta Brunei syukur perjalanan ke Sibu kini lebih singkat
  • SEMASA

Peserta Brunei syukur perjalanan ke Sibu kini lebih singkat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENYELARAS Pasukan Lumba Raja Kerbau Gemilang, Azman Amran

SIBU: Kemudahan Lebuh Raya Pan Borneo memberi manfaat besar kepada peserta luar negara, termasuk dari Brunei, yang mengambil bahagian dalam Sibu International Power Boat 2025.

Penyelaras Pasukan Lumba Raja Kerbau Gemilang, Azman Amran, melahirkan rasa syukur apabila lebuh raya tersebut membantu mempercepatkan perjalanan mereka dari Miri ke Sibu.

“Sebelum adanya Lebuh Raya Pan Borneo, perjalanan kami boleh mengambil masa sehingga 12 jam.

“Tetapi sekarang, Alhamdulillah, perjalanan hanya mengambil masa sekitar lima hingga enam jam sahaja,” katanya ketika ditemui di Tebingan Li Hua, di sini hari ini.

Menurut Azman, satu-satunya cabaran yang masih dihadapi adalah berkaitan proses dokumentasi untuk membawa masuk bot serta peralatan perlumbaan melalui pusat pemeriksaan sempadan Malaysia-Brunei.

“Bagaimanapun, isu ini biasanya dapat diselesaikan dengan bantuan surat jemputan rasmi daripada pihak penganjur,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi bahawa Pasukan Lumba Raja Kerbau Gemilang telah lama menyertai acara power boat di Sarawak dan terus memberikan sokongan kepada penganjur setiap tahun.

“Persaingan kali ini agak sengit kerana ramai peserta hebat dari Sarawak mengambil bahagian. Namun kami tetap bersemangat dan akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan,” tegasnya.

Sibu International Power Boat 2025 berlangsung di Tebingan Pulau Li Hua dari 25 hingga 27 April, dengan penyertaan kira-kira 262 bot bersaing dalam lapan kategori, termasuk pasukan dari Brunei.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiong: Promosi global penting lonjakkan sukan air Sibu
Next: Kedutaan Malaysia nasihat pengembara mengenai kad ketibaan digital Thailand baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.