Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peserta Bintulu Cops Run 2025 diminta ambil kit larian
  • Utara
  • WILAYAH

Peserta Bintulu Cops Run 2025 diminta ambil kit larian

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BINTULU Cops Run 2025 bakal berlangsung pada 3 Mei ini bermula 6.30 pagi di Farley Bintulu.

BINTULU: Para peserta Bintulu Cops Run 2025 diminta hadir untuk mengambil kit larian (race pack) pada 1 dan 2 Mei ini bertempat di One Stop Centre, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Jalan Tun Hussein Onn.

Menurut satu kenyataan, waktu pengambilan adalah dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disambung semula dari 2.00 petang hingga 4.30 petang. 

Peserta perlu membawa kad pengenalan (MyKad) bagi tujuan pengesahan semasa pengambilan.

Semua peserta wajib melengkapkan laluan yang ditetapkan dan mengutip gelang tangan (wristband) di setiap ‘checkpoint’ yang telah ditentukan. 

Bagi peserta kategori 10 kilometer (km), pengedaran gelang tangan akan dilakukan di lokasi tertentu sepanjang laluan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai bertugas, Norafiza di talian 013-5755105 atau Vivi Sumanthi di talian 019-8189274.

Bintulu Cops Run 2025 merupakan antara inisiatif IPD Bintulu untuk memupuk gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan antara pasukan polis dan masyarakat setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UPMKB terima kunjungan hormat daripada UMK
Next: MPS komited sampaikan perkhidmatan, dekati masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.