Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM200,000 setahun selenggara BBP Sungai Merah
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan RM200,000 setahun selenggara BBP Sungai Merah

Utusan Sarawak 1 month ago
DATUK Micheal Tiang Ming Tee mencuba juadah raya di sebuah reruai pada majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 1446H/Tahun 2025 Peringkat JBPM Negeri Sarawak di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ini.Turut kelihatan Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran (kanan). Foto BERNAMA

SIBU: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM200,000 setiap tahun bagi tujuan menaik taraf kemudahan dan penyelenggaraan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata kementerian itu juga turut merancang menyediakan kemudahan perumahan mampu milik berhampiran balai berkenaan bagi memberi peluang anggota bomba memiliki kediaman sendiri.

DATUK Micheal Tiang Ming Tee sedang bercakap kepada media. Foto BERNAMA

“Anggota bomba perlu diberi peluang memiliki rumah mampu milik kerana mereka berkhidmat kepada komuniti dengan penuh komitmen dan mesti diberikan keutamaan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 1446H/2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di BBP Sungai Merah malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Othman Abdullah serta Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran.

Dalam pada itu, Tiang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata kemajuan pesat yang dinikmati Sarawak ketika ini didorong oleh semangat perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata meskipun rakyat Sarawak datang daripada latar belakang yang berbeza dari segi kaum, agama dan budaya namun perbezaan itu bukan penghalang untuk menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan mesra.

“Anda boleh lihat bagaimana Sarawak berkembang hari ini kerana kami menghargai budaya berbeza antara satu sama lain dan hari ini kita meraikan hari raya bersama rakan-rakan Muslim kita di Sarawak dan bersama-sama menikmatinya,” tambahnya. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Amalan ziarah tradisi rakyat Sarawak
Next: Anak buaya tersangkut dalam jala ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.