Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntuk RM1 juta bina pagoda tujuh tingkat
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntuk RM1 juta bina pagoda tujuh tingkat

Utusan Sarawak 1 month ago
UNTUK ALBUM… Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama Pengerusi Persatuan Buddha Orthodox Sarikei, Pemanca Chan Phan Chan dan yang lain. 

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah menyalurkan lebih daripada RM1 juta menerusi projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan pagoda tujuh tingkat. 

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei, berkata turut memperuntukkan lagi sebanyak RM200,000 menerusi RTP tahun ini bagi tujuan pembinaan pagoda tersebut yang sedang giat dijalankan.

“Saya sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan badan-badan keagamaan. 

“Saya telah menyalurkan lebih daripada RM1.8 juta kepada Persatuan Buddha Orthdox Sarikei selama bertahun-tahun bagi tujuan pembangunan,” katanya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu berkata demikian semasa melawat tapak pembinaan pagoda untuk meninjau perkembangan projek tersebut, baru-baru ini. 

Katanya, beliau percaya apabila siapnya pembinaan pagoda tujuh tingkat ini nanti, ia akan berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancongan di Sarikei.

Dalam pada itu, Tiong Sii turut menyatakan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan seorang pemimpin prihatin dan sentiasa berusaha untuk rakyat termasuk menyalurkan peruntukan bagi pembangunan Sarikei dan Meradong.

“Rakyat Sarawak bertuah memiliki seorang pemimpin yang cemerlang dalam memperkukuh perpaduan kaum, menstabilkan politik dan ekonomi, serta terus memajukan kawasan setempat demi meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya. 

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Buddha Orthodox Sarikei, Pemanca Chan Phan Chan.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir
Next: 76 warga SK Ulu Pedanum sertai ceramah kesedaran keselamatan kebakaran 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.