Pertandingan Perahu Berhias mendapat sambutan meriah sempena Regata Baram 2026

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MARUDI: Persatuan Kayan Sarawak Cawangan Marudi diumumkan johan apabila berjaya mengalahkan lapan peserta lain dalam Pertandingan Perahu Berhias sempena Regata Baram 2026.

Pertandingan tersebut dilangsungkan di Sungai Baram Marudi dan berarak dari waf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS) petang ini.

Mereka membawa hadian wang tunai RM3,000 dan juga sijil penyertaan.

   TAHNIAH…Persatuan Kayan Sarawak cawangan Marudi muncul johan dalam Pertandingan Perahu Berhias sempena Regata Baram 2026. Foto: Jiku Juguong

Naib johan disandang Persatuan Tuai Rumah Beluru yang membawa hadiah wang tunai RM2,000 dan juga sijil penyertaan.

Sementara Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak di tempat ketiga yang membawa hadiah wang tunai dan juga sijil penyertaan.

Manakala enam lagi persatuan lain yang menyertai pertandingan tersebut masing-masing menerima sijil penyertaan. Sebanyak sembilan persatuan menyertai pertandingan tersebut.

  PERSATUAN yang memenangi Pertandingan Perahu Berhaias bergambar kenanagn. Foto : Jiku Juguong

Persatuan lain yang menyertai pertandingan berkenaan ialah Masyarakat Kiput Sarawak, Rurum Kelabit Sarawak, Perahu Panglima Baling Komuniti Marudi, Sri Naga Marudi (Masyarakat Cina Marudi) dan Petupun Persatuan Pembangunan Sarawak Cawangan Marudi.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau.

   JUARA…Dato Anyi Ngau menyampaikan hadiah kepada Dato Dennis Ngau bagi mewakili Persatuan Kayan Sarawak Cawangan Marudi. Foto : Jiku Juguong

Turut hadir menyaksikan pertandingan tersbut, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil seta isteri Datin Monica Ukong Jaya, Dato Dennis Ngau, Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward Tarang dan lain-lain.

Oleh Jiku Juguong