Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertandingan fotografi, videografi sempena Para SUKMA
  • TEMPATAN

Pertandingan fotografi, videografi sempena Para SUKMA

Utusan Sarawak 8 months ago

Fatimah (tengah), Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Radzi Sitam menujukan Fly kad pertandingan fotografi dan videografi sempena temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Pertandingan fotografi dan videografi sempena temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 menawarkan hadiah keseluruhan RM15,500 kepada orang ramai.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata pertandingan itu bermula  hari ini, 18 hingga 29 September.

Menurutnya, pertandingan itu akan menampilkan tiga kategori iaitu Fotografi Terbuka, Fotografi Belia dan Videografi.

”Bagi tempat pertama kategori Fotografi Terbuka, akan menerima RM3,000, tempat kedua RM2,000 dan RM1,000 untuk tempat ketiga manakala RM100 setiap seorang untuk lima pemenang sagu hati.

”Sementara itu, bagi kategori Fotografi Belia dan Videografi pula, juara bagi setiap kategori akan membawa pulang RM2,000.

”Tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM1,000 dan RM750 serta lima hadiah sagu hati bernilai RM100 setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena perasmian Pusat Media Utama Para SUKMA Sarawak Ke-21 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Dalam pada itu, katanya, pertandingan ‘Gambar dan Artikel Terbaik Harian’ turut diadakan untuk agensi atau pengamal media yang bertugas sepanjang Para SUKMA 2024.

Abdullah berkata pertandingan itu akan diadakan bermula 18 hingga 29 September ini dan pemenang bagi gambar dan artikel terbaik akan menerima RM100 setiap hari.

”Ia terbuka kepada semua organisasi media cetak dan online di Malaysia yang membuat liputan sepanjang penganjuran Para SUKMA berlangsung.

”Gambar dan artikel terbaik ini akan dipaparkan di ruangan khas di Bilik Media Utama di Pusat Akuatik Pandelela Rinong,” katanya.

Terma dan syarat pertandingan boleh didapati dengan mengimbas QR Kod dalam infografik yang boleh didapati di laman sesawang rasmi SUKMA XXI Sarawak 2024 di www.para.sukmasarawak2024.my atau di Facebook rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Dr Maziah santuni dua individu kurang bernasib baik di Kampung Assyakirin 
Next: Semua pihak perlu pastikan pembangunan, alam sekitar seimbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.