Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persatuan Veteran Tentera terima geran
  • TEMPATAN

Persatuan Veteran Tentera terima geran

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN PVTKR Leftenan Kolonel (kanan) Mohd Melintang Abdullah menerima geran daripada Datuk John Sikie Tayai.

KUCHING : Menteri Muda Undang-Undang dan  Adat Bumiputera  Datuk John  Sikie Tayai menyampaikan geran kepada tujuh badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mereka melaksanakan pelbagai program tahunan.

Antara penerima bantuan tersebut ialah Persatuan Veteran Tentera Kor Renger (PVTKR).

“Kita sedar banyak organisasi yang memerlukan geran kerajaan tetapi dana adsalah terhad.  Kita akan cuba yang terbaik untuk membantu dan mengagihkan dana secara adil.

“Dengan geran ini kita berharap persatuan-persatuan awam sedar bahawa Kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah mereka,” kata beliau pada majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Beliau turut menasihati NGO agar tidak terlibat di dalam politik dan mengelak daripada memberi pandangan-pandangan politik yang ekstrem.

“Kerajaan berharap persatuan-persatuan awam menyedari landasan dan forum mereka apabila  berinteraksi dengan orang ramai dan mempelajari sentimen akar umbi bagi membantu kerajaan di dalam pelbagai aspek seperti kestabilan, keselamatan dan perpaduan, termasuk pilihan raya,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, solidariti kaum adalah kepentingan Kerajaan bagi menjamin negeri ini kekal aman dan rakyat hidup dalam harmoni.

Continue Reading

Previous: Penguang lawat projek baik pulih rumah panjang
Next: SMK Bandar Kuching No.1 sedia terima pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.