Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan berbasikal gesa tindakan tegas selepas kes langgar lari maut di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Persatuan berbasikal gesa tindakan tegas selepas kes langgar lari maut di Kuching

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEN Yeo

KUCHING: Persatuan Berbasikal Bahagian Kuching (KDCA) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera susulan kemalangan langgar lari yang meragut nyawa seorang ahlinya pagi ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, persatuan itu menyeru pihak berkuasa berkaitan agar memperketatkan penguatkuasaan terhadap pemanduan berbahaya serta terus menambah baik langkah keselamatan jalan raya dan kesedaran awam bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

Menyatakan rasa sedih atas kehilangan tersebut, persatuan itu berkata tiada sesiapa yang keluar berbasikal dengan jangkaan tidak akan pulang ke rumah. Kehilangan nyawa serta tindakan pemandu yang melarikan diri menjadikan insiden itu lebih sukar diterima kerana ia bertentangan dengan undang undang dan tanggungjawab asas sesama pengguna jalan raya.

Persatuan itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang mangsa, Ken Yeo, dalam waktu yang amat sukar ini.

“Insiden seperti ini amat menyakitkan dan mencerminkan realiti yang dihadapi ramai penunggang basikal, bahawa jalan raya boleh menjadi tidak memaafkan. Keadaan ini tidak sepatutnya menjadi kebiasaan.

“Penunggang basikal bukan halangan, mereka adalah sebahagian daripada pengguna jalan raya sama ada sebagai komuter, atlet atau individu yang hanya ingin bergerak dari satu tempat ke tempat lain,” menurut kenyataan itu.

KDCA turut menggesa pemandu supaya memperlahankan kenderaan, memberi ruang dan sentiasa peka ketika berkongsi jalan raya, sambil menegaskan bahawa keputusan dalam beberapa saat boleh membawa akibat yang tidak dapat dipulihkan.

Persatuan itu menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya, sambil menekankan bahawa kemajuan sebenar memerlukan akauntabiliti dan rasa tanggungjawab bersama.

Mereka juga turut memaklumkan akan terus memantau perkembangan kes ini dan membantu sedaya upaya, serta mengingatkan agar insiden ini tidak dianggap sebagai satu lagi kes yang dilupakan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Akses penduduk dipertingkat, laluan balak Ngungun–Jagau dinaik taraf
Next: Alunan balada Nadhif Basalamah memukau penonton RRMF 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.