Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan teras kestabilan, kemajuan Sarawak menjelang 2030 – Dr Sim
  • TEMPATAN

Perpaduan teras kestabilan, kemajuan Sarawak menjelang 2030 – Dr Sim

Utusan Sarawak 3 hours ago
UNTUK KENANGAN….Tuai Rumah Joseph (lima kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ouyang. Turut kelihatan ialah (dari kiri) Chieng, Ting, Dr Sim, Dennis serta yang lain.

SIBU: Perpaduan dan keharmonian yang menjadi teras sambutan Gawai Dayak merupakan kekuatan utama Sarawak dalam mengekalkan kestabilan serta memacu kemajuan negeri menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sambutan Hari Gawai di Sarawak bukan sekadar perayaan musim menuai atau medan pertemuan keluarga, sebaliknya menjadi simbol penting perpaduan, keharmonian dan pembangunan negeri yang dinikmati rakyat pelbagai kaum.

ERATKAN PERPADUAN... Dr Sim bersama Ouyang (lima kiri) pada program Hari Gawai Dayak di Rumah Joseph Abet, Bawang Assan, hari ini.

“Gawai adalah tradisi Sarawak yang menyumbang kepada pembangunan negara. Kita semua anak Sarawak dan kita meraikannya bersama-sama kerana ia melambangkan perpaduan, keharmonian dan semangat semua anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Lawatan Bersama Duta Besar China ke Malaysia di Rumah Joseph Abet, Bawang Assan, di sini hari ini.

BERSALAMAN… Dr Sim bersama Kevin Lau (belakang) bersalam-salaman dengan penduduk rumah panjang sempena program lawatan ke Rumah Joseph Abet sempena Gawai Dayak, hari ini.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, kejayaan negeri itu mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat menjadi faktor utama yang akan membawa Sarawak ke arah kemajuan dan kemakmuran menjelang 2030.

Menurutnya, konsep kehidupan di rumah panjang yang menekankan semangat kebersamaan dan saling menghormati membuktikan bahawa kestabilan hanya dapat dicapai melalui perpaduan, manakala kemakmuran pula lahir daripada kestabilan tersebut.

MOHON BERKAT… Dr Sim ketika upacara miring pada Program Lawatan Bersama Duta Besar China ke Malaysia di Rumah Joseph Abet, Bawang Assan, dekat sini hari ini. Turut kelihatan ialah Tiang, Ouyang (tiga kiri) serta yang lain.

“Jika ada perpaduan, akan wujud kestabilan. Apabila ada kestabilan, barulah kemakmuran dapat dicapai. Itulah kekuatan Sarawak yang perlu terus dipertahankan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyokong cadangan Penghulu Dennis Ansam untuk mendapatkan peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan jeti di rumah panjang berkenaan.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan bersama Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau yang turut mempunyai peruntukan RTP bagi melaksanakan projek kemudahan awam seperti tempat letak kereta dan lampu jalan.

“Premier Sarawak telah memaklumkan bahawa peruntukan RTP akan disalurkan kepada Kevin bagi kawasan Bawang Assan. 

“Kita akan melihat bagaimana sebahagian peruntukan itu dapat digunakan untuk projek yang memberi manfaat kepada penduduk supaya kawasan ini tidak ketinggalan,” katanya.

Mengenai lawatan delegasi China itu, Dr Sim berkata, Ouyang sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengunjungi rumah panjang bagi memahami budaya masyarakat Sarawak dengan lebih dekat.

Beliau berkata, selepas melawat Miri dan Kuching tahun lalu, Ouyang memilih untuk berada di Bintulu dan Sibu sempena sambutan Gawai tahun ini.

“Sarawak ingin berkongsi pengalaman Gawai dengan beliau dan rombongan. Dahulu jarang sekali kita melihat duta asing datang ke rumah panjang, tetapi kini Sarawak semakin dihormati dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa,” katanya.

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan isteri, Song Xiaomei, Konsul Jeneral China Xing Wei Ping, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing serta ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TYT, Toh Puan ziarah lokasi bersejarah di Madinah 
Next: JKR pasang CCTV 24 jam di Jambatan Batang Lupar 1, tingkat keselamatan pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.