Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Perodua akan keluarkan EV pada Oktober
  • BISNES

Perodua akan keluarkan EV pada Oktober

Utusan Sarawak 2 days ago
PERODUA EV

SERDANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober, dengan pelan untuk memasarkannya pada akhir tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pada peringkat awal, kenderaan tersebut akan mempunyai lebih 30 peratus pemasangan tempatan di kilang baharunya di Rawang, Selangor, dengan harga di bawah RM80,000.

“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan pengeluaran, dengan penyesuaian komponen penting, kami berharap untuk meningkatkan kandungan pemasangan tempatan kepada lebih 60 peratus,” katanya pada sidang media selepas melancarkan prototaip EV — dipersembahkan dalam bentuk separuh potong — di Malaysian Autoshow 2025 di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata EV tersebut, dengan jangkaan pengeluaran bulanan sebanyak 500 unit, disasarkan kepada pembeli muda dan keluarga kecil, membolehkan mereka menikmati pengalaman menaiki kenderaan elektrik yang mampu milik.

Beliau turut menegaskan nilai jangka panjang model itu menjadi keutamaan, terutamanya mengenai kualiti bateri dan harga jualan semula.

“Jika orang ramai membeli EV tetapi tidak yakin dari segi kualiti bateri, nilai kenderaan itu akan jatuh selepas lapan tahun.

“Oleh itu, kami memastikan walaupun selepas lapan atau sembilan tahun, nilai kenderaan itu akan kekal — kerana kami mengawal kualiti bateri. Anda sentiasa boleh mendapatkan bateri baharu daripada kami,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak jadikan model Abu Dhabi rujukan pembangunan pelabuhan, lapangan terbang
Next: Eksport pembuatan meningkat, cecah RM164.3 bilion – DOSM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.