Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Permainan catur bantu bina kemahuan, kesabaran pemain
  • SUKAN

Permainan catur bantu bina kemahuan, kesabaran pemain

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PENYAMPAIAN HADIAH… Friday Belik menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Catur 12 TKB Peringkat Bahagian Betong di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Roban, hari ini. Foto ADUN Krian

ROBAN: Permainan catur bukan sahaja membantu membentuk minda yang kuat, tetapi juga membantu membina kemahuan dan kesabaran untuk pemain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata penglibatan yang kerap dalam permainan catur juga boleh membantu meningkatkan pemikiran cepat dan kebolehan membuat keputusan seseorang.

“Permainan catur adalah permainan yang baik untuk mengasah kemahiran anda dan juga akan membantu anda menguasai tahap kebijaksanaan yang lebih mendalam untuk menghadapi cabaran masa depan,” jelasnya ketika berucap merasmikan Pertandingan Catur 12 tahun kebawah (TKB) Peringkat Bahagian Betong di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Roban, hari ini.

Friday menjelaskan beliau mahu permainan catur ini didedahkan kepada generasi muda terutamanya kanak-kanak yang memerlukan permikiran yang tajam dan cerdik untuk membaca pergerakan lawan.

“Pertandingan yang diadakan ini sekali gus memberi pendedahan permainan catur dan mencungkil strategi terbaik menguasai permainan catur, mendedahkan pelajar tanpa mengira umur atau gender bermain catur secara terbuka,” ujarnya.

Justeru itu, menjadikan sukan catur sebagai sukan kebitaraan sekolah dan mencungkil bakat dan kemahiran bermain catur serta mencari pemain berbakat dalam sukan catur.

Pertandingan tahun ini melibatkan empat zon dari Daerah Saratok dan empat zon dari Daerah Betong yang disertai seramai 96 peserta.

Peserta yang menjuarai pertandingan ini akan mewakili Bahagian Betong ke peringkat Sarawak.

Turut serta pada majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Awet Gapor, Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller, guru-guru besar dari Zon Roban dan Penghulu George Manggie.
Oleh Adi Saparman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB Kampung Perpat juara Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Aidilfitri 2025
Next: 8th Ora Et Labora ‘Back to School!’ Run on October 4

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.