Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perluasan Bandar Baharu Fasa II pacu pertumbuhan ekonomi di Daro
  • TEMPATAN

Perluasan Bandar Baharu Fasa II pacu pertumbuhan ekonomi di Daro

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERASMIAN…..Awang Tengah ketika menyempurnakan majlis pecah tanah pusat pembangunan usahawan moden projek Anjung Usahawan Daro. Turut kelihatan ialah Dr Safiee, Ahmad Johnie, Ir. Yusuf serta yang lain.

DARO: Projek Perluasan Bandar Baharu Fasa II di Daro yang dijangka siap sepenuhnya pada November depan bakal menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi daerah itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini sekali gus mengukuhkan potensinya sebagai pusat pembangunan dan pelaburan di kawasan pesisir Sarawak.

“Projek yang dilaksanakan di bawah Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak untuk memperkukuh pembangunan sosioekonomi luar bandar secara terancang dan mampan,” ujarnya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut, hari ini.

Awang Tengah berkata, pembangunan tersebut bertujuan mewujudkan pusat aktiviti ekonomi baharu yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, memperkasa keusahawanan serta menarik lebih banyak pelaburan ke Daro.

SIDANG MEDIA….Awang Tengah ketika sidang media selepas melawat Projek pembangunan Perluasan Bandar Baharu Fasa II di Daro. Turut kelihatan ialah Ahmad Johnie, Dr Safiee, Ir. Yusuf serta yang lain.

“Fasa pertama telah siap dan beroperasi, manakala fasa kedua kini sedang dilaksanakan. Ia merangkumi pembinaan 20 unit rumah kedai dua tingkat, 10 unit kedai mini dua tingkat, 10 unit industri desa, tandas awam, pencawang elektrik, ruang terbuka dan kawasan parkir.

“Saya dimaklumkan bahawa semua 20 unit rumah kedai dan 10 unit kedai mini dua tingkat telah ditempah sepenuhnya. Ini menunjukkan potensi besar Daro untuk terus berkembang sebagai pusat ekonomi baharu,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pembangunan pesat yang sedang berlaku di Daro didorong oleh pelaksanaan rangkaian jalan raya dan pembinaan jambatan yang meningkatkan kesalinghubungan serta memudahkan pergerakan penduduk dan aktiviti ekonomi.

Katanya, kemudahan infrastruktur itu membuka peluang kepada pembangunan lebih menyeluruh di pekan-pekan kecil seperti Daro, sekali gus meningkatkan daya tarikannya kepada pelabur dan usahawan.

“Saya yakin Daro akan terus berkembang pada masa hadapan kerana kemudahan infrastruktur yang dirancang dan dilaksanakan kerajaan memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi kawasan ini,” ujarnya lagi.

UNTUK RAKYAT….Awang Tengah, Dr Safiee, Ahmad Johnie serta yang lain merakam kenangan selepas majlis pecah tanah pusat pembangunan usahawan moden projek Anjung Usahawan Daro. Turut kelihatan ialah Dr Safiee, Ahmad Johnie, Ir. Yusuf serta yang lain.

Awang Tengah turut memuji reka bentuk dan perancangan projek yang menitikberatkan aspek fungsi, praktikaliti, aksesibiliti serta keindahan landskap.

Menurutnya lagi, pembangunan itu turut menyediakan kawasan riadah dan ruang terbuka yang akan dihubungkan dengan waterfront, sekali gus menawarkan suasana yang lebih kondusif kepada penduduk dan pengunjung.

“Keseluruhan perancangan ini bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan komersial, malah mengambil kira kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan kemudahan awam dan kawasan rekreasi yang menarik,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada LCDA, khususnya LCDA Real Estate, serta semua agensi yang terlibat kerana berjaya memastikan projek tersebut dilaksanakan mengikut perancangan.

Terdahulu, Awang Tengah menyempurnakan majlis pecah tanah pusat pembangunan usahawan moden projek Anjung Usahawan Daro bernilai RM6 juta.

Projek yang mempunyai siling kos RM5 juta itu dijadualkan memulakan pelaksanaan pada Mac 2026 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2027.

Pusat pembangunan usahawan tersebut mampu memberi manfaat kepada lebih 20 usahawan tempatan pada satu-satu masa selain peserta program latihan keusahawanan.

Projek ini merupakan tambahan kepada kemudahan keusahawanan sedia ada bagi merancakkan dan memperkasakan lagi aktiviti keusahawanan di Daro, khususnya dalam kalangan usahawan Bumiputera.

Turut hadir Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: SIC Fest & Sym 2026 perkukuh nama Sarawak di persada dunia
Next: Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat di Astana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.