Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Perlawanan Piala Dunia Mexico-England ditangguh sejam akibat ribut
  • SUKAN

Perlawanan Piala Dunia Mexico-England ditangguh sejam akibat ribut

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENYOKONG Mexico berlindung daripada hujan sebelum perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 antara Mexico dan England di Stadium Mexico City, Mexico City pagi ini (waktu Malaysia). Foto AFP

MEXICO CITY: Perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia antara England dan Mexico ditangguhkan selama satu jam susulan keadaan cuaca buruk di Mexico City, menurut pengesahan FIFA sebentar tadi.

Perlawanan di Stadium Azteca kini dijadualkan bermula pada 9.00 pagi (waktu Malaysia) selepas ribut petir dan hujan lebat melanda ibu negara Mexico.

“Disebabkan keadaan cuaca buruk di Mexico City, termasuk risiko sambaran petir di sekitar stadium, sepak mula perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 antara Mexico dan England ditangguhkan,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

“Keselamatan dan kesejahteraan semua individu adalah keutamaan FIFA. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong atas kefahaman dan kerjasama mereka.”

Kemenangan Mexico ke atas Ecuador pada pusingan 32 terbaik di Stadium Azteca pada pagi Rabu lalu (waktu Malaysia) turut ditangguhkan akibat cuaca ribut.

Pada Jumaat, FIFA mengesahkan pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan untuk mengawalkan perlawanan itu selama enam jam bagi mengelakkan risiko ribut.

Bagaimanapun, selepas berunding dengan kedua-dua pasukan, FIFA akhirnya memutuskan untuk mengekalkan jadual asal sepak mula.

England dijangka berharap keadaan padang yang becak dapat mengurangkan kelebihan sokongan padu penyokong tuan rumah.

Mexico setakat ini memenangi kesemua empat perlawanan mereka di kejohanan itu di laman sendiri tanpa dibolosi sebarang gol.

Skuad El Tri turut memiliki rekod cemerlang di Stadium Azteca apabila hanya tewas dua kali dalam 89 perlawanan. – AFP

Continue Reading

Previous: FIFA cetus kontroversi benar semula penyerang AS beraksi
Next: Neymar beri bayangan akhiri karier antarabangsa selepas Brazil tersingkir Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.