Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkukuhkan hubungan dua hala
  • TEMPATAN

Perkukuhkan hubungan dua hala

Utusan Sarawak 5 years ago

ELLIE EDWARD

BINTULU: Pelantikan Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King sebagai sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China bertaraf menteri akan memperkukuh hubungan dua hala di antara dua buah negara berkenaan.

Tiong yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) berkata, beliau berterima kasih di atas pelantikan itu yang mana akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengalas tanggungjawab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018.

“Dalam perubahan zaman sekarang, peranan ini akan menjadi lebih penting dan saya akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan dan melaksanakan tugas yang dipercayakan oleh Kerajaan kepada saya,” katanya.

Sehungan itu beliau memaklumkan bahawa berperanan dilihat penting khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan membabitkan dua negara itu.

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas terhadap peniaga ingkar
Next: PPE sumbangan PUSAKA, STA tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.