Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh sistem pendidikan pelbagai budaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkukuh sistem pendidikan pelbagai budaya

Utusan Sarawak 3 months ago
UNTUK ALBUM….PPD Sarikei, Lau Ngie Tung (baris belakang, tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar cemerlang SM Ming Lik.

SARIKEI: Sekolah Menengah (SM) Ming Lik memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem pendidikan pelbagai budaya di negara ini.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei, Lau Ngie Tung berkata, sekolah ini juga adalah merupakan satu-satunya sekolah menengah persendirian Cina di Sarikei.

Ngie Tung mengiktiraf sumbangan besar sekolah swasta tersebut dalam mengekalkan pendidikan Cina di daerah ini meskipun berdepan dengan cabaran seperti jumlah pelajar yang terhad dan kekangan sumber.

“SM Ming Lik mungkin sebuah sekolah berskala kecil, namun peranannya amat besar dalam memastikan kelangsungan pendidikan Cina serta pembentukan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki nilai kepimpinan dan moral yang tinggi.

“Usaha berterusan pihak pengurusan sekolah dalam mempertingkatkan pengurusan akademik serta penganjuran aktiviti luar bilik darjah seperti khidmat komuniti telah memberi nilai tambah kepada pelajar,” katanya ketika berucap padamajlis pembukaan sesi persekolahan 2025 SM Ming Lik, baru-baru ini.

Tambahnya, dibawah kepimpinan yang dinamik, sekolah tersebut berjaya memastikan pelajarnya mendapat pendidikan holistik yang bukan sahaja menumpukan kepada kecemerlangan akademik, malah membentuk mereka menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdaya saing.

Beliau turut menggesa para pelajar agar memanfaatkan peluang pendidikan yang diberikan dan terus berusaha mencapai kecemerlangan.

“Anda semua adalah harapan masa depan bukan sahaja bagi sekolah ini, tetapi juga bagi masyarakat dan negara.

“Gunakan peluang ini dengan sebaiknya dan jadilah individu yang dapat menyumbang kepada masyarakat kelak,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua kereta alami kerosakan ditimpa sebatang pokok tumbang
Next: ADUN Meradong lawat dua pesakit di Hospital Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.