Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perkhidmatan pos Hong Kong gantung penghantaran mel ke AS
  • GLOBAL

Perkhidmatan pos Hong Kong gantung penghantaran mel ke AS

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TONGKANG kontena kosong melalui Victoria Harbour di Hong Kong pada 16 April 2025. Foto AFP

BEIJING: Hongkong Post menggantung penghantaran barangan ke Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas kepada keputusan AS untuk menghapuskan layanan ‘de minimis’ bebas cukai bagi barangan yang dihantar dari Hong Kong ke AS.

Perkhidmatan pos menyatakan pada Rabu bahawa AS akan menaikkan kadar tarif ke atas barangan pos yang ditujukan ke negara itu mulai 2 Mei, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“AS bersikap tidak munasabah, membuli dan mengenakan tarif secara sewenang-wenangnya. Hongkong Post pasti tidak akan mengutip apa-apa tarif bagi pihak AS dan akan menggantung penerimaan barangan pos yang mengandungi barangan yang ditujukan ke AS,” kata Hongkong Post dalam satu kenyataan.

Penghantaran mel melalui darat atau laut ke AS akan digantung mulai 16 April, manakala mel udara akan digantung mulai 27 April.

“Untuk penghantaran ke AS, orang ramai di Hong Kong harus bersedia untuk membayar caj yang tinggi dan tidak munasabah akibat tindakan AS. Item pos lain yang hanya mengandungi dokumen tanpa barangan tidak akan terjejas,” jelas Hongkong Post.

Pada 2 April, Presiden AS Donald Trump menandatangani satu perintah eksekutif untuk memperkenalkan tarif ‘timbal balik’ ke atas import dari negara lain. Kadar asas ditetapkan pada 10 peratus.

Bagi beberapa negara, kadar lebih tinggi diperkenalkan mulai 9 April, berdasarkan defisit dagangan AS dengan negara berkenaan – bagi memastikan keseimbangan dagangan dicapai. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud landa timur Afghanistan
Next: Nvidia jangka kerugian AS$5.5 bilion susulan sekatan baharu AS ke atas eksport cip ke China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.