Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkasakan komuniti, perangi dadah
  • TEMPATAN

Perkasakan komuniti, perangi dadah

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Talib Zulpilip ketika menghadiri untuk merasmikan Majlis Memperkasa Komuniti ‘Kita Kongsi Fakta Dadah, Selamatkan Nyawa’ di sebuah hotel ternama di Bintulu, semalam.

Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat perlu melaporkan sebarang kegiatan berkaitan dadah kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya mempunyai maklumat. 

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berkata, ia amat penting memandangkan kegiatan pengedaran dadah masih tetap berleluasa meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya dimaklumkan oleh Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat mengenai kegiatan dadah yang berlaku ketika musim PKP situasi mana mereka masih keluar untuk menjual dadah walaupun tiada permit dan terdapat Polis mengawal di sekatan jalan raya (SJR). 

“Jadi, hal sedemikian ini bermakna bahawa jenayah dadah tetap berterusan meski dalam keadaan sekarang ini,” katanya pada perasmian Program Memperkasa Komuniti 2021 Daerah Bintulu bagi DUN Jepak di sebuah hotel ternama semalam. 

Difahamkan, program dengan dialog ‘Kita Kongsi Fakta Dadah, Selamatkan Nyawa’ itu diadakan menerusi kerjasama daripada One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Daerah Bintulu. 

Datuk Talib memberitahu, penganjuran program sedemikian merupakan langkah proaktif agar ahli masyarakat terlibat sama untuk membanteras isu salah guna dadah, khususnya di Bintulu. 

“Saya percaya semua pihak perlu bekerjasama lebih-lebih lagi hal ini merupakan tanggungjawab kita bagi memastikan anak-anak kita selamat daripada kegiatan sebegitu. 

“Saya berharap semua peserta memperoleh ilmu yang bermanfaat sepanjang program ini, terutama sekali dalam mempersiapkan diri bagi menggalas tugas sebagai agen awam untuk membasmi dadah dalam masyarakat,” ujarnya. 

Pegawai Daerah Bintulu, merangkap Pengerusi OSC Bintulu, Mohammad Dino Amid dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak, Iskandar Turkee antara yang hadir pada program itu. 

Turut hadir ialah Inspektor Muhammad Nor Hafizuddin Husin  dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, dan Penghulu Haji Drahman bin Kawi serta Ketua-ketua Kaum. 

Oleh CAROLYN UTIH

Continue Reading

Previous: Penyukatan tanah NCR berterusan
Next: ATM tubuhkan Hospital Medan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.