Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia
  • SUKAN

Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia

Utusan Sarawak 2 years ago
Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR: Perjuangan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Dunia berakhir pada pusingan ketiga selepas disingkirkan oleh pemain tuan rumah, Anders Antonsen dalam edisi 2023 di Copenhagen, semalam.

Zii Jia selaku pemain bukan pilihan, tewas dalam perlawanan straight set kepada pilihan ke-12 Denmark, 18-21, 17-21, dalam masa 53 minit, sekali gus gagal ke peringkat suku akhir kejohanan yang berlangsung di Royal Arena.

Antonsen bakal bertemu pemain Jepun Kenta Nishimoto yang menewaskan rakan senegaranya, Kanta Tsuneyama, 21-19, 21-17, dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga.

Harapan Malaysia kini disandarkan kepada tiga pasangan beregu negara iaitu penyandang juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik diikuti beregu wanita utama Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kerana masing-masing berjaya mara ke peringkat suku akhir untuk bertemu lawan masing-masing dalam perlawanan yang akan berlangsung hari ini.

Dalam pusingan lapan terakhir, Aaron-Wooi Yik akan bertemu Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China manakala Pearly-Thinaah akan menentang seorang lagi gandingan China, Zheng Su Xian-Zheng Yu.

Tang Jie-Ee Wei pula akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kejohanan Dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir
Next: Bonnie pecah rekod dunia lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.