Pereka fesyen Itali Valentino Garavani meninggal dunia pada usia 93 tahun

Facebook
WhatsApp
DUNIA fesyen berduka atas pemergian pereka ikonik Itali, Valentino Garavani, yang meninggal dunia pada usia 93 tahun.Foto fail AFP

LONDON: Pereka fesyen Itali Valentino Garavani meninggal dunia pada usia 93 tahun, menurut yayasannya, lapor PA Media/dpa.

Pengasas rumah fesyen mewah dan jenama Valentino itu meninggal dunia pada Isnin, dikelilingi oleh keluarga dan orang tersayang di kediamannya di Rom, menurut satu kenyataan yang dikongsi di akaun Instagram Yayasan Valentino Garavani dan Giancarlo Giammetti.

Ia juga mengumumkan bahawa penghormatan terakhir buat Valentino akan diadakan di Piazza Mignanelli pada Rabu dan Khamis, manakala upacara pengebumian akan berlangsung pada hari berikutnya, Jumaat, 23 Jan, di Basilica of Saint Mary of the Angels and Martyrs di Rom. – Bernama-PA Media/dpa

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan