Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perdana Menteri tiba di Kuching untuk lawatan kerja sehari
  • SEMASA

Perdana Menteri tiba di Kuching untuk lawatan kerja sehari

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi sehari di Bumi Kenyalang.

Ketibaan beliau sekitar 10.00 pagi dengan pesawat khas disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, barisan Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, para Timbalan Menteri serta ketua-ketua jabatan negeri.

Sebaik tiba, Perdana Menteri bersama rombongan terus ke Wisma Bapa Malaysia bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak.

Selepas mesyuarat tersebut, beliau dijadual menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 yang berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada 12.00 tengah hari.

Lawatan beliau turut merangkumi kehadiran ke Majlis Ramah Tamah dan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang akan diadakan di Wisma SABATI pada 2.00 petang.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada 3.15 petang.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Adly lawat kawasan sempadan Sarawak – Kalimantan
Next: Chiew: Hormati simbol negara, siasat kecuaian secara telus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.