Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perbicaraan kes kematian trak migran UK bermula
  • GLOBAL

Perbicaraan kes kematian trak migran UK bermula

Utusan Sarawak 3 years ago

Defendants sit in a box at the opening of the trial of 23 people suspected of involvement in a human-smuggling ring, on December 15, 2021 in Bruges, two years after 39 Vietnamese migrants died aboard a refrigerated truck that travelled to Britain. - The Bruges trial will focus on the fact that the truck left for Britain on October 22, 2019 from Anderlecht, a neighbourhood on Brussels' western outskirts, where the ring allegedly had a safe-house to collect migrants. The bodies of the migrants, 31 men and eight women, aged 15 to 44 and all from Vietnam, were discovered the next day in Britain, when the container they were in was opened in Grays, an industrial area in Essex, just east of London. (Photo by KURT DESPLENTER / Belga / AFP) / Belgium OUT

PERBICARAAN… Sebahagian defendan duduk ketika pembukaan perbicaraan 23 orang yang disyaki terlibat dalam kumpulan penyeludupan manusia di Bruges, dua tahun selepas 39 migran Vietnam maut di atas trak peti sejuk yang dalam perjalanan ke Britain.• Foto AFP

BRUGES: Dua tahun selepas 39 pendatang Vietnam maut di atas sebuah trak yang menuju ke Britain, Belgium semalam akan memulakan perbicaraan ke atas 23 orang yang disyaki terlibat dalam kumpulan penyeludupan manusia.

Prosiding itu, di bilik mahkamah di bandar Bruges, mengikut sabitan yang dijatuhkan di Britain pada Januari lalu kepada tujuh lelaki, beberapa daripadanya kerana membunuh.

Kesemua yang tertuduh dijatuhkan hukuman penjara antara tiga tahun hingga 27 tahun.

Di Vietnam, pada September tahun lalu, empat lelaki telah dihantar ke penjara berhubung kes itu dan dikenakan hukuman penjara dua setengah tahun hingga tujuh setengah tahun.

Perbicaraan Bruges akan memberi tumpuan kepada fakta bahawa trak itu berlepas ke Britain pada 22 Oktober 2019 dari Anderlecht, kejiranan di pinggir barat Brussels yang didakwa mempunyai rumah selamat untuk mengumpul pendatang.

Mayat migran yang terdiri daripada 31 lelaki dan lapan wanita, berumur 15 hingga 44 tahun dan semuanya dari Vietnam ditemui keesokan harinya di Britain, apabila kontena yang mereka masuki dibuka di Grays, sebuah kawasan perindustrian di Essex, di sebelah timur dari London.

Kesemua migran tersebut sesak nafas dalam cuaca yang sangat panas kerana trak itu telah menyeberang melalui laut.

Jenayah mengerikan itu mencetuskan penyiasatan polis di kedua-dua belah Selat dan pada 26 Mei 2020, Pihak Berkuasa Belgium menyerbu beberapa alamat, kebanyakannya di wilayah Brussels, untuk menangkap warga Vietnam yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan penyeludupan manusia.

Perbicaraan ke atas 23 yang didakwa itu dijangka berlangsung dua hari, tetapi mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum keputusan itu dimuktamadkan. -AFP

Continue Reading

Previous: 62 MAUT, puluhan lagi cedera
Next: Warga Kanada digesa tidak melancong ke luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.