Perbandaran Makkah siapkan rangkaian percahayaan besar-besaran sempena haji

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PROJEK Destinasi Masar di Makkah, pembangunan bandar unggul di bawah Wawasan 2030 Arab Saudi, kini hampir siap dengan lebih 99.7 peratus kerja infrastruktur teras telah diselesaikan. Inisiatif transformasi itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025. Masar meliputi kawasan 3.5 kilometer, menghubungkan Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain dengan Masjidilharam. Apabila siap kelak, ia bakal menjadi pintu masuk utama ke Masjidilharam, menyediakan pengalaman ketibaan yang lebih selamat dan tersusun untuk para jemaah haji. Projek itu bakal menempatkan 41,000 bilik hotel, 9,000 unit kediaman dan 330,000 meter persegi ruang komersial dan runcit. Ia juga akan dilengkapi hospital, masjid, kemudahan perniagaan, pusat kebudayaan serta rangkaian pengangkutan awam. Foto BERNAMA

MINA (Arab Saudi): Perbandaran Makkah menyiapkan pelaksanaan rangkaian pencahayaan yang meluas dan termaju di Arafat, lengkap dengan reka bentuk seni bina yang unik serta teknik pemasangan moden, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pada malam Tarwiyah — sehari sebelum Hari Arafah yang menandakan permulaan rasmi ibadah Haji — kawasan itu disinari pancaran cahaya yang menakjubkan.

Susun atur pencahayaan yang diselaraskan pihak perbandaran menjadikan Arafat bersinar bagaikan suar, menambahkan suasana rohani dan memberikan ketenangan kepada para jemaah.

Menurut perbandaran itu, rangkaian baharu ini merangkumi sekitar 20,000 unit lampu pelbagai kapasiti, yang dipasang pada kira-kira 5,000 menara dan tiang dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Unit-unit lampu diletakkan secara strategik bagi memastikan liputan penuh di semua jalan dan lorong di Arafat, membentuk sistem pencahayaan visual yang menyeluruh.

Rangkaian pencahayaan di tapak suci itu dikemas kini dan diperluas setiap tahun, dengan persiapan awal melibatkan kerja penyelenggaraan menyeluruh.

Bagi musim Haji tahun ini, perhatian khusus diberikan kepada kawasan utama di Arafah, termasuk laluan pejalan kaki dan laluan yang menghubungkan Arafat ke Muzdalifah dan tapak penting lain. — Bernama-SPA