Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perayaan Tahun Baharu Cina medium pupuk perpaduan antara kaum
  • Selatan
  • WILAYAH

Perayaan Tahun Baharu Cina medium pupuk perpaduan antara kaum

Utusan Sarawak 4 months ago

SIMANGGANG: Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bukan sahaja disambut oleh komuniti Tiong Hua, juga disambut secara meluas bersama-sama dengan kaum yang lain di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata keadaan ini membuktikan bahawa penerimaan dan sikap toleransi antara kaum di negara ini terutama di Sarawak berada pada tahap sangat baik. 

“Inilah warisan negara yang perlu kita pertahankan daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang tidak baik.

“Membudayakan perpaduan, meraikan kepelbagaian merupakan satu konsep pemahaman yang perlu disemai dalam setiap warga Malaysia dalam usaha bagi menjamin keharmonian kepelbagaian kaum di Malaysia. 

“Di sini dapat kita lihat peranan penting yang dimainkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) agar keharmonian dan keselamatan negara ini dapat diwariskan kepada anak cucu kita pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman dan sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Suarah Sri Aman di sini, hari ini.

Mong berkata besarlah harapan beliau agar usaha kerajaan untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang mampu berdiri di peringkat global dengan identiti sendiri seiring dengan misi nasional untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Saya sangat kagum dan berbesar hati kerana perpaduan kaum di Sarawak ini telah menjadi contoh rujukan dan sentiasa di cemburui oleh negeri-negeri lain kerana perpaduan yang telah terjalin antara kaum sejak sekian lama sentiasa kukuh dan utuh. 

“Sebagai contoh, kita lihat saja dikedai-kedai makan atau restoran, bagaimana semua kaum dapat minum bersama-sama, dimana situasi ini agak sukar terdapat ditempat lain terutama nya di Semenanjung. 

“Oleh itu, pelihara dan pertahankanlah perpaduan yang telah wujud di negeri Sarawak ini. Jika telah berpecah memang sukar untuk bersatu kembali,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebanyak 63 KRT di Bahagian Sri Aman telah berhimpun pada majlis ini termasuk tujuh KRT yang baharu ditubuhkan.

Turut hadir ialah wakil Residen Bahagian Sri Aman Ramon Addy, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek, dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KRT Bahagian Sri Aman Francis Bryan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SAR cari lelaki dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Rajang, masuk hari ketiga
Next: 150 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.