Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Peralatan dapur terbakar di premis dobi Jalan Haji Taha, tiada mangsa cedera
  • KEBAKARAN

Peralatan dapur terbakar di premis dobi Jalan Haji Taha, tiada mangsa cedera

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA JBPM menjalankan pemeriksaan di sebuah premis dobi selepas kebakaran melibatkan peralatan dapur di Jalan Haji Taha. Foto JBPM.

KUCHING: Kebakaran yang berlaku di sebuah premis dobi di Jalan Haji Taha di sini malam ini hanya melibatkan peralatan dapur tanpa menjejaskan struktur bangunan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.01 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan BBP Tabuan Jaya tiba di lokasi pada 8.07 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan peralatan dapur dan tidak membabitkan struktur bangunan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selepas memastikan keadaan benar-benar selamat dan tiada lagi risiko kebakaran, operasi ditamatkan pada 8.40 malam.

Operasi melibatkan 13 anggota bomba dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan diketuai PBK II (TBK I) Mohammad Haidir Sra.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan bukit di Sematan, 2.9 hektar berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.