Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penyusunan semula kepimpinan PDRM Sarawak perkukuh pentadbiran daerah
  • TEMPATAN

Penyusunan semula kepimpinan PDRM Sarawak perkukuh pentadbiran daerah

Utusan Sarawak 4 hours ago
PESURUHJAYA Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Samarahan dan Padawan di IPD Kota Samarahan. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Penyusunan semula kepimpinan beberapa daerah polis di Sarawak akan terus dilaksanakan bagi memperkukuh pentadbiran pasukan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan keselamatan kepada masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata pertukaran membabitkan Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Samarahan dan Padawan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan pengurusan pasukan di peringkat daerah sentiasa berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Samarahan dan Ketua Polis Daerah Padawan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, hari ini.

Majlis itu menyaksikan Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Barry William, dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Padawan, manakala Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, yang sebelum ini mengetuai IPD Padawan, mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan.

Mohamad Zainal berkata, majlis berkenaan juga merupakan lawatan rasmi pertamanya ke IPD Kota Samarahan sejak dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

“Ketua Polis Daerah merupakan tonggak utama pentadbiran di sesebuah daerah. Pertukaran dan kenaikan pangkat ini adalah sebahagian daripada usaha menyusun semula pentadbiran daerah di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, daripada 28 daerah polis di Sarawak, beberapa penyusunan semula kepimpinan telah dilaksanakan sejak beliau menerajui kontinjen itu bagi memperkukuh pengurusan pasukan serta memastikan rakyat terus menikmati suasana yang aman, selamat dan sejahtera.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata proses perolehan bagi pembinaan beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu, termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, kerajaan Sarawak turut menyediakan tapak baharu bagi pembinaan IPK Sarawak yang telah menerima kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan tahun lalu.

“Kita kini sedang melengkapkan dokumentasi yang diperlukan dan yakin pembinaan IPK Sarawak yang baharu akan terus memperkukuh pengurusan serta pentadbiran pasukan pada masa hadapan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawa Saifullizan Ishak, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Afiq Fikri Brahim, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Abang Ismari Abang Ali, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zainuddin Bidin serta Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Lupar 1 sedia dirasmikan esok, Uggah tinjau persiapan akhir
Next: Kerajaan Sarawak peruntuk RM11 bilion bagi rangkaian Jalan Pesisir dan Jajaran Utama Kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.