LONDON: Peminat dalam kalangan penyokong Liverpool mendakwa Jurgen Klopp sebagai pengkhianat dan hipokrit selepas bekas pengendali The Reds itu dilantik sebagai ‘ketua bola sepak global’ di Kumpulan Red Bull, semalam.
Sebelum itu, Klopp mengejutkan dunia bola sepak apabila beliau mengumumkan kembali hanya beberapa bulan selepas meninggalkan Liverpool.
Kurang setahun sejak wira Anfield, Klopp berkata beliau kekurangan tenaga apabila mengesahkan pemergiannya dari Merseyside dan dilantik sebagai ‘ketua bola sepak global’ di Kumpulan Red Bull.
Red Bull mempunyai enam kelab termasuk Leipzig, Salzburg dan kini Leeds United.
Namun, ketika Klopp menangani reaksi media sosial daripada beberapa peminat Borussia Dortmund dengan cadangan beliau mungkin menjadi sasaran sepanduk pada perlawanan di tempat sendiri kelab seterusnya iaitu reaksi di sebahagian besar Jerman terkejut kerana tidak percaya.
Dortmund, seperti Liverpool, adalah kelab yang didominasi peminat, sebahagian daripada denyutan jantung bandar mereka.
RB Leipzig, peneraju syarikat Red Bull, hanya ditubuhkan pada 2009 apabila syarikat minuman itu mendapat hak beraksi dalam Divisyen Lima di bandar Jerman Timur itu.
Namun, dalam memperkenalkan Klopp sebagai ketua baharu mereka, dengan peranan untuk membantu ‘wawasan strategik’ kumpulan dan operasi pencarian bakat global serta melatih dan membangunkan jurulatih, Red Bull berpotensi berisiko menjejaskan reputasinya.
Tidak hairan sesetengah peminat melabel Klopp sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘hipokrit’, dengan kebimbangan dalam kalangan penyokong Liverpool yang menjangkakannya berehat daripada bola sepak sekurang-kurangnya setahun.
Disebabkan reaksi itu, warga Jerman berusia 57 tahun itu menghantar mesej video ketika percutian yang mana beliau cuba untuk menjelaskan: “Beberapa bulan lalu saya katakan saya tidak akan berada di tepi padang lagi dan ia masih diteruskan.
“Tetapi saya masih sayangkan bola sepak dan saya masih suka untuk bekerja. Red Bull memberi saya platform sempurna untuk melakukannya.
“”Saya mahu berkongsi pengalaman yang saya raih selama bertahun-tahun dan kita semua tahu ada lebih ramai pengurus berjaya di luar sana.
“Dalam karier saya, saya berjuang untuk naik divisyen, saya berjuang mengelak turun divisyen, saya berjuang untuk merebut kejuaraan, saya berjuang untuk menjulang trofi.
“Kadang-kadang kita gagal, kadang-kadang kita berjaya dan menangani semua itu tidak mudah. Tetapi ia boleh dilakukan.
“Kini saya ada masa dan peluang. Saya mahu lihat, berasakan dan mengenal pasti apa yang berguna dalam bola sepak.
“Jadi terbabit untuk membantu membangunkan bola sepak sedikit. Benar-benar teruja dengannya tetapi kini saya akan kembali meneruskan percutian. Jumpa anda Januari depan,” katanya.-AFP