Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyelidik India temui kuil berusia 500 tahun
  • GLOBAL

Penyelidik India temui kuil berusia 500 tahun

Utusan Sarawak 5 years ago
SEBAHAGIAN daripada struktur kuil berusia hampir 500 tahun yang boleh dilihat di permukaan Sungai Mahanadi, Bhubaneswar, India baru-baru ini. • Foto AFP

BHUBANESWAR: Sekumpulan penyelidik di India menemui sebuah kuil yang dipercayai berusia hampir 500 tahun di Sungai Mahanadi, Bhubaneswar baru-baru ini.

Kuil itu dijumpai oleh pasukan tinjauan arkeologi, Parti Amanah Nasional India untuk Warisan Seni dan Budaya (INTACH) selepas sebahagian daripada struktur kuil tersebut muncul di permukaan sungai.

“Kuil ini dipercayai tenggelam semasa banjir pada tahun 1933, kini usianya sekitar 450 hingga 500 tahun.

“Kami kini sedang mengerjakan sebuah projek mendokumentasikan lembah Mahandi, jadi kami mencari kuil ini,” kata Ketua INTACH, Kumar Dhir.

Menurut penduduk tempatan, sekitar 11 tahun lalu sebahagian daripada struktur kuil itu pertama kali dapat dilihat di atas permukaan sungai dan sejak itu para penyelidik giat mengesannya.

Dalam pada itu Dhir berkata, gaya pembinaan ‘mastaka’ atau bahagian atas kuil dan bahan binaan yang digunakan menunjukkan bahawa kuil seluas 55 hingga 60 kaki itu dibina sekitar abad ke-15 atau awal abad ke-16.

Katanya, terdapat sekitar 65 buah kuil di daerah itu yang tenggelam tetapi hanya Kuil Gopinanth yang dapat dilihat selepas beberapa tahun kerana ia adalah antara yang tertinggi. – AFP

Continue Reading

Previous: RAGUT 451,808 NYAWA
Next: AFPVietnam catat satu kes import baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.