Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penyasaran semula subsidi diesel: KPDN bincang dengan Sabah, Sarawak
  • NASIONAL

Penyasaran semula subsidi diesel: KPDN bincang dengan Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Fleet Card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) kepada pemandu lori pengangkutan perdagangan di Stesen Minyak Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Outbound, semalam. Mekanisme peralihan penggunaan Sistem Analog Skid Tank kepada Fleet Card ini bagi memastikan subsidi secara bersasar dapat dilaksana secara bersepadu selain memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap yang paling minimum. FotoBERNAMA

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak sebelum pelaksanaan sebarang penyasaran semula subsidi diesel di negeri berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perbincangan itu perlu sebagai persiapan untuk menentukan golongan masyarakat yang boleh mendapatkan subsidi berkenaan sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan penyasaran semula subsidi diesel itu turut diperluas ke Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Papar itu berkata penyasaran semula subsidi diesel tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak setakat ini kerana penggunaan yang tinggi terhadap bahan bakar itu di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri dan agensi penguatkuasaan perlu bersedia untuk melihat komponen atau segmen masyarakat yang boleh dicadangkan untuk dipertimbangkan penyasaran semua subsidi diesel sekiranya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak kelak.

“Kita bersedia lebih awal sekiranya kerajaan memutuskan diperluas ke Sabah dan Sarawak, sekurangnya-kurangnya kita boleh mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan mana-mana segmen masyarakat dengan penggunaan (diesel) tinggi, kita syorkan (subsidi) dengan mekanisme tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini bersempena dengan pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang berkuat kuasa 6 hingga 14 Februari ini.

Semalam, Armizan berkata, projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan), akan diadakan selama dua bulan bermula semalam bagi menyediakan mekanisme penyasaran semula subsidi diesel, dijangka dilaksana pada suku kedua tahun ini di Semenanjung.

Sehubungan itu, Armizan berkata, kementeriannya juga memerlukan kerjasama daripada semua agensi penguatkuasaan termasuk kerajaan negeri untuk bersama-sama memperkemas mekanisme kawalan dan penguatkuasaan supaya aktiviti haram penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak dapat dikekang.

“Tidak ada gunanya kita teruskan subsidi yang tinggi tetapi akhirnya subsidi itu mengalir keluar dan bukannya dinikmati oleh rakyat, golongan sasar tetapi diseludup di sempadan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga jenis bawang merah berjaya dihasilkan
Next: Laporkan kepada KPM jika berlaku pemotongan Bantuan Awal Persekolahan – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.