Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penyanyi Tamil tempatan, ibu maut terjatuh kondo
  • JENAYAH

Penyanyi Tamil tempatan, ibu maut terjatuh kondo

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Tamil terkenal tempatan Sivakumar Jayabalan dan ibunya ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata siasatan awal mendapati insiden yang menimpa Sivakumar, 48, dan ibunya yang berusia 76 tahun itu berlaku pada 12.35 tengah hari.
“Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat dan setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Anggota polis putus telinga akibat digigit lelaki Nigeria
Next: Pesara antara 40 individu dikesan positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.