Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi rap Fatman Scoop meninggal selepas rebah di atas pentas
  • HIBURAN

Penyanyi rap Fatman Scoop meninggal selepas rebah di atas pentas

Utusan Sarawak 8 months ago

NEW YORK: Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Fatman Scoop, meninggal dunia selepas rebah di atas pentas ketika mengadakan persembahan di Town Center Park, Hamden, Connecticut, kelmarin.

Kematian artis berusia 53 tahun yang popular dengan lagu ‘Be Faithful’ dan ‘It Takes Scoop’ itu disahkan oleh keluarga dan pengurusnya, semalam.

Media AS melaporkan dalam kejadian itu, Scoop telah dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan.

Berdasarkan rakaman video diperoleh TMZ, petugas perubatan dilihat berusaha memberi rawatan kecemasan dengan melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap Scoop di atas pentas sebelum penyanyi itu diusung keluar.

Dalam satu hantaran melalui akaun Instagramnya, keluarga Scoop dengan perasaan sedih yang mendalam dan berat hati telah mengumumkan pemergian artis berkenaan.

Pengurus beliau, Birch Michael, turut mengesahkan kematian Scoop dan menzahirkan penghargaan kepadanya. – AFP

Gambar

(Gambar fail) Penyanyi rap Amerika Syarikat, Fatman Scoop. – Foto AFP

Continue Reading

Previous: Marsha, Velvet, Alena Murang bakal gegarkan konsert ‘Sounds of Borneo’
Next: Gabungan rock Malaysia-Indonesia dalam single karya agung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.