Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Penyakit jarang jumpa: Malaysia cadang deklarasi ASEAN, percepat akses rawatan
  • KESIHATAN

Penyakit jarang jumpa: Malaysia cadang deklarasi ASEAN, percepat akses rawatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Pelancaran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia akan memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani penyakit jarang jumpa termasuk menggerakkan usaha mewujudkan deklarasi ASEAN serta pangkalan data khusus bagi mempercepat diagnosis dan meningkatkan akses rawatan kepada pesakit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif itu akan dibawa ke Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN menerusi cadangan ‘ASEAN Declaration on Rare Disease’ sebagai langkah menyelaras tindakan bersama-sama negara anggota.

Beliau berkata, pendekatan kerjasama serantau amat penting memandangkan rawatan penyakit jarang jumpa melibatkan kos tinggi, khususnya ubat dan peralatan perubatan khusus.

“Inisiatif ini membolehkan negara ASEAN bekerjasama dari segi pembelian ubat dan perolehan peralatan perubatan yang mahal secara bersama-sama sekali gus memastikan akses rawatan yang lebih berkesan kepada pesakit,” katanya. 

Dzulkefly berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas di sini hari ini.

Beliau berkata, Malaysia juga akan membangunkan pangkalan data penyakit jarang jumpa bagi mengumpul dan berkongsi maklumat dengan negara ASEAN serta rakan antarabangsa, yang juga membantu mempercepat proses diagnosis.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman, diagnosis bagi sesetengah penyakit jarang jumpa boleh mengambil masa sehingga 10 tahun menyebabkan pesakit berhadapan kelewatan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Dengan adanya pangkalan data dan perkongsian maklumat, tempoh diagnosis dapat dipendekkan dan peluang untuk rawatan yang lebih efektif dapat ditingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, kerajaan turut memberi perhatian kepada kebajikan penjaga pesakit memandangkan bebanan penjagaan bukan sahaja ditanggung oleh pesakit, tetapi juga keluarga mereka.

Beliau berkata, inisiatif sokongan kepada penjaga termasuk bantuan moral dan pengukuhan sistem sokongan akan terus diperkasakan sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam pengurusan penyakit jarang jumpa.

Pada 4 Februari, Dzulkefly melancarkan Dasar Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa sebagai langkah memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan negara dalam menangani penyakit itu dengan lebih tersusun dan mampan.

Beliau berkata, sekitar 12,000 pesakit melibatkan hampir 500 jenis penyakit jarang jumpa di Malaysia sedang menerima rawatan di hospital kerajaan. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KKM sokong RUU Warga Emas disegerakan, intervensi perlu bermula seawal usia 50 tahun – Dzulkefly 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.