Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sistem hologram: KKM nafi dakwaan gagal, tegaskan mekanisme berfungsi dengan baik
  • KESIHATAN

Sistem hologram: KKM nafi dakwaan gagal, tegaskan mekanisme berfungsi dengan baik

Utusan Sarawak 16 hours ago

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan dakwaan berhubung kegagalan sistem pengesahan ketulenan label hologram produk kesihatan adalah tidak tepat, sebaliknya mekanisme sedia ada terus berfungsi dengan baik dalam memastikan keselamatan pengguna.

KKM dalam kenyataan memaklumkan sistem pengesahan label hologram kekal sebagai komponen penting dalam ekosistem kawal selia yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi mengekang pengedaran produk tidak berdaftar atau palsu di pasaran.

“Ekosistem keselamatan produk kesihatan di pasaran kekal kukuh dan terkawal,” menurut kenyataan itu hari ini.

KKM memaklumkan pemantauan komprehensif sentiasa dijalankan merangkumi proses pendaftaran produk, pelesenan premis serta audit rantaian bekalan bagi memastikan setiap produk kesihatan yang berada di pasaran mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.

“Sebagai langkah pendigitalan dan penambahbaikan berterusan bagi menangani isu pemalsuan, aplikasi MyUBAT telah dinaik taraf sebagai platform tunggal penentu sah ketulenan label keselamatan produk,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan aplikasi berkenaan kini berkemampuan untuk mengimbas semua versi label keselamatan hologram KKM, sama ada versi terdahulu mahupun semasa.

“Selain itu, pengesahan ketulenan produk juga boleh dilakukan di premis farmasi berlesen yang dilengkapi dengan peralatan pengesahan khusus KKM,” menurut kenyataan itu.

KKM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran produk tidak berdaftar atau aktiviti pemalsuan label keselamatan.

Orang awam digesa untuk sentiasa mendapatkan produk daripada premis yang sah, menggunakan aplikasi MyUBAT bagi tujuan semakan dan segera melaporkan sebarang keraguan kepada pihak berkuasa.

Kenyataan KKM itu sebagai respons kepada laporan media berhubung kebimbangan mengenai lambakan produk kesihatan tidak sah dan dakwaan mekanisme pengesahan label hologram KKM tidak berfungsi yang ditegaskan sebagai tidak tepat.- Bersama

Continue Reading

Previous: Penyakit jarang jumpa: Malaysia cadang deklarasi ASEAN, percepat akses rawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.